hye semua...hangpa semua apa khabaq..hope sihat2 naa semua..jom2,ari ni ceq nak citer pasal keajaiban yang ade kat dunia ni..hangpa semua mesti da tahu kan serba sedikit pasal keajaiban ni..tapi la ni ceq nak habaq pasal keajaiban dunia PURBA ok.cuba baca btol2,PURBA ok, bukannya yang moden. ni semua yang zaman zaman sebelum masihi.banyak keajaiban purba sebenarnya..tapi ceq habaq top 7 je kali ni ok..
- Piramid Agung Giza.2650-2500 SM, Mesir. piramid ni adalah yang tertua di dunia dan masih wujud lagi hingga sekarang.kalau hangpa semua nak tahu piramid ni dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun. disiapkan dalam tempoh mase 20 tahun. huh,lme x lame kan. and ketinggian piramid ni adalah 146.5 meter. Piramid ni masih wujud ag sampai sekarang. sape nak tengok p la mesir yer. ceq x tipu ni :)
- Kuil Artemis. 550 SM, Parsi. kuil ini merupakan kuil tamadun yunani purba yang dibina untuk menyembah dewa artemis. kuil ini tergolong dalam tujuh kejaiban dunia purba, tetapi kuil ni telahpun dimusnahkan oleh Herostratus. beliau telah membakar kuil ini tanpa mengetahui apakah sesab dan musabab nya.
- Taman Tergantung Babylon. 600 SM, Babylonia. terletak kira kira 50 km dr selatan baghdad, Iraq. Menurut sesetengah sumber, TTB dibina oleh seorang suami yang ingin menggembirakan isterinya. sebenarnya TTB ini tidaklah betul2 tergantung seperti terikat dengan tali. Namanya datang dari terjemahan yang kata Yunanikremastos atau kata Latin pensilis, yang bermaksud bukan hanya "tergantung” tetapi "anjung," seperti terletak di atas beranda atau suatu teres.
- Berhala Zeus. 435 SM, Yunani Purba. berhala ni diukir oleh pengukir klasik terkenal. dibina dari bahagian gading, patung gergasi ini setinggi 45 kaki, memegang kemenangan pada tangan kanannya dan cokmar pada tangan kirinya. berhala yang berkeadaan duduk ini mengisi keseluruhan kelebaran kuil yang dibina untuk melindunginya.walau bagaimanapun ahli sejarawan percaya yang berhala ini mungkin musnah akibat kebakaran pada 462 AD.
- Makam Maussollos. 351 SM, Parsi. merupakan sebuah makam besar yang dibina untuk satrap (gabenor) wilayah parsi. tinggi makam ini adalah 45 meter. di dinding luarnya terdapat ukiran dan seni pahat.makam ini dibina antara tahun 353 dan 350 SM dan berdiri selama 1,700 tahun. bangunan ini akhirnya musnah akibat beberapa gempa bumi pada abad ke-14 dan ke-15.
- Patung Raksasa Rhodes, 292-280 SM, Mesir . merupakan satu patung besar yang melambangkan tuhan yunani purba yang terletak di rhodes, iaitu sebuah pulau yunani. tinggi patung ini adalah setinggi 30 meter dan diperbuat daripada gangsa. namun setelah 56 tahun dibina,patung ini musnah akibat daripada gempa bumi pada 226 SM.
- Rumah Api Iskandariah. ke-3 SM, Mesir. merupakan sebuah rumah api yang dibina berhampiran dengan kota iskandariah purba, mesir purba. ketinggiannya dianggarkan melebihi 115 meter dan merupakan antara struktur tertinggi ciptaan manusia selama beratus ratus tahun. tetapi akibat dua gempa bumi pada tahun 1303 dan 1323 telah meruntuhkan bangunan agung ini.
hahhh..ajaib x ajaib x..kalau hanpa semua perasan semua keajaiban dunia ni da musnah..tp, tinggal satu je yang stil ade iaitu Piramid Agung Giza..pelik kan!! but,its true ok. ni semua adalah keajaiban purba. walaupon pada zaman ni x de teknologi teknologi tinggi yang membantu mereka,tp depa stil boley dirikan bangunan tinggi tinggi. itu adalah hebat ok!!
Famie yang Tulis
No comments:
Post a Comment