PeCinta Setia

Saturday, June 30, 2012

:: sebuah pertemuan ::

kalau kau masih ingat dulu kita pernah satu sekolah..pernah duduk di taman perumahan yang sama..satu batch budak2 pengakap yang sama..mempunyai kawan2 di sekeliling yang sama...dan kalau kau ingat lagi kita pernah makan beramai-ramai sekali kat kedai ''usop" kalau x silap aku dengan budak2 pengakap.. hahaha..kedai tu LEGEND bagi kami budak2 pengakap..see,aku masih ingat lagi bnda2 tu semua.. tapi tu semua citer yang lama dalam 7 or 8 tahun yang lepas..mungkin time tu aku pon x kenal kau sgt..just perhatikan kau kau dari jauh sekadar memerhati tingkah laku kau.. tapi tu duluuuu,duluuuuuuuuuuu pzaaa..dan time tu aku pon x terfikir yang aku akan jumpa kau balik..dengan dalam keadaan yang sangat berbeza tuhan telah  temukan semula kawan yang sudah lama terpisah di tempat yang amat berbeza, di mana kawan sekeliling yang tidak sama sekali,keadaan persekitaran yang jauh berbeza dengan tempat kita dulu..memang sesuatu yang tak diduga kan...this fact ~~

setiap aturan di dunia ni mesti ade sebab dan akibat dia kan.. mungkin tuhan temukan kau dan aku di sini adalah sebagai pelengkap,mungkin sebagai teman yang selalu berkongsi masalah, teman yang boleh buat kita menangis, yang boleh buat kita ketawa, yang boley berkongsi kegembiraan.. dan aku tahu itu adalah satu keistemewaan yang tuhan bagi kat aku :) sejak tu aku mula rapat dgn kau..walaupon kita jarang jumpa masa tu tapi at least aku ade teman yang boley akau katekan sudah lama aku berkawan.. lama-kelamaan aku ngan kau mula rapat..thats right pzaaaa?? ape yang aku boley katakan kau antara kawan penpuan yang paling rapat ngan aku pada mase tu.. aku jarang keluar ke mana2 kat UUM ni ngan kawan penpuan...tapi tu x mustahil bagi aku dgn kau.. kita pernah g main bowling sama kan??(time tu aku kalah), aku pernah g umah kau kan?? pernah g shopping sama kan?? kau pernah suap aku kan.. haha.. stakat makan skali tu bnyak kali da :) dan aku x kan sesekali menolak bila setiap kali kau ajak g mana2,kalau kau mintak tolong ke ape..pasti aku akan tersenyum..sebab aku rasa aku sangat selesa kawan dengan kau.. sehingga la timbul satu perasaan yang aku x tahu kenapa dia boleh datang pada masa tu.. aku memang x dapat nak elak perasaan itu.. aku rase kau faham ape aku maksudkan.. dan aku anggap kau lebih dari kawan pada masa tu.. lama aku simpan perasaan itu..aku bukan x berani nak bgtahu,tapi aku rasa keadaan masa tu mungkin x sesuai..sehingga sampai la satu masa,DIA datang dalam hidup kau.. x perlu mention kot,kau pon tahu sape kan :) start dari aritu kau mula bercerita pasal dia,kau mula bercerita pasal perasaan kau terhadap dia..da aku sedia mendengar..aku happy pzaa dengar semua cerita2 tu..aku suka tngok kau macam tu..tersenyum tiap2 hari..tapi tu x lama bagi aku.. sejak dari aritu aku pernah cuba menjauhkan diri dari kau pzaa(aku mintak maaf).. aku cuba buang perasaan yang aku simpan selama ni..aku x ley nak simpan.. hmmm,pasal wedding ema??haha.. x perlu la aku nak bercerita panjang lagi,sebab aku da pernah post kat blog aku sebelum ni :(

api bila aku pikir balik.. ape guna aku jauhkan diri dari kau..x kan nak jadi macam budak kecik kot.. sekejap kawan sekejap x kawan.. haha.. tu bukan cara aku.. dan sampai la sekarang pantas sungguh masa  berlalu.. hampir 2 tahun lebih aku mengenali siapa sebenar nur hafizah akhir yang aku kenal dulu..sekejap kan benda tuber lalu..kini,hampir tamat pengajian kita bersama di universiti pzaaa..dan aku bersyukur sangat sebab tuhan beri aku kawan sebaik kau kat Universiti ni..entah bila kita bila jumpa lagi..boley shopping sama2,boley main bowling sama2..x mungkin aku lupakan segala pahit manis kita kan universiti ni pizaa.. i will miss that moment..thanks 4 everything pizaaa.. n 4 the last one,thanks 4 the present :) sangat2 suka.. x penah pon ade orang bg aku hadiah bufday cmni..bear tu,comel ok  !! hope lepas ni dapat jumpa hang lagi..i will miss u...sayang hang makcik !!!!


A Best Friend Is Someone Who Loves You When You Forget to love Yourself  !!

:: FAHMI ::

Monday, June 18, 2012

:: mengalah lagi perlu ::

better terlepas game dari hilang member.. aku bukan jenis yang nak melawan.. nt kawan ntah ke mana game ntah ke mana.. tapi cuma aku nak cakap kat sini.. TV tu kan ade satu.. so,pertimbangkan la bape ramai yang  nak tngok game yang mana satu,n game mana yang penting.. aku x kisah beb.. ni x, da terang2 german da layak.. bagi la aku ngan dak2 lain tngok portugal main ngan holland..x kan sebab kau da book tempat tu dulu kami yang lain x ley nak tukar channel lain..deymm syittt !!! kalau tngok statistik kedua-dua game,aku rase lagi seronok kot rasanya tngok hollad ngan portugal main..

hmmm, game pon da habis fisrt half.. korang tngok la sampai habis.. aku x de la hadap sangat dengan bola ni.. cuma korang perlu tahu yang dunia ni perlu kan satu perkara yang dipanggil keadilan.. baru x akan timbul perpecahan.. haha.. k la. chawww ..

:: FAHMI ::

Sunday, June 10, 2012

:: Bila EURO Datang Lagi ::

setakat ni aku x miss satu pon match lagi.. haha.. menghadirkan diri tiap2 pagi ke pantry untuk melihat game EURO 2012 adalah satu yang boleh dianggap keajaiban ... fuhhhhh.. da la tengah final exam, dan lagi kau eak nak tngok EURO tiap2 malam... tapi aku bukan lah macam orang lain yang taksub sgt dengan bola ni..aku sekadar ingin tahu apa yang berlaku.. dari sini aku nak simpulkan sikit pasal kategori budak2 yang tngok bola ni..

1) yang ni aku paling benci.. nama dia PENGULASIAL.. haha..ape yang dia tahu nak mengulas jer.. ''adussshhh,ape siot x goal..harap je main kat barcelona..depan goal pon x ley nak goal(phuihhhh,kalau hebat sgt kau je la yang main...bola tu bulat la weii)''...panas jer rase..ape yang diulas tu bukan nya betul pon.. bikin telinga orang lain panas jer.. konon nya dia nak habaq yang dia tahu semua la pasal bola.. huhh..

2) yang ni nama dia FANATIKIAL.. haha.. gila habaq hang.. taksub gila wa cakap lu.. yang ni wa bagi contoh la..kononnya malam tu ade game GERMAN ..so,mamat ni minat sgt kat GERMAN ni.. huhh.. mula la dia.. dengan baju GERMAN dia yang warna putih tu,pastu siap ade nama player kat blakang baju..kadang2 ade yang bawak tuala mandi skali beb,sebab tuala tu ada lambang GERMAN..haha... aku tngok da macam dia plak yang nak main kat EURO..haha.. tapi mamat macam ni ok lagi.. sebab dia x seteruk macam yang first tadi..

3) yang ni nama dia AGRESSIFIAL.. heee.. dia lebih kurang yang kedua tu.. lu faham2 la kan, bila orang da taksub sgt dengan bola ni.. pehhhh,mula la dia nak menjerit sana sini.. mula la dia nak tunjuk yang dia minat gila kat team tu.. semakk beb wa cakap lu..bila goal jer, amik kau !!! terlompat lompat macam monyet yang selalu berkeliaran kat UUM ni.. gempak wa cakap lu..lagi2 bila ade geng2 dia..memang naik syeikhh la wa cakap lu.. tapi bila team dia terkena, haha !! amik kau balik ... time tu baru mula nak amik bantal kat bilik untuk wat tutup muka.. haaa.. kan da kena balik.. booooooo !!

4) yang last ni paling okay bagi aku..nama dia RELAKSIAL..wa cakap lu yang ni jenis cool jer.. ape pon yang dtang,dia wat macam x de pape.. kononnya macam dia tngah tngok citer hindustan dalam bilik,lebih kurang gitu la.. hee.. x pon dia tengah pikirkan tentang makwe dia yang x de gigi tu.. haha..  tapi bagus la kan orang macam ni,dia x over sgt.. walau pon dia minat kat team tu,dia relax je.. walaupon dia tahu pasal team tu dia relax jer.. budak yang jenis macam ni wa saluteee !!!!!

rasanya tu je kot yang aku dapat simpulkan pasal mamat yang meminati BOLA SEPAK ni.. so,kalau korang terasa dengan post aku ni aku mintak maaf kay.. n sebelum aku terlewat aku nak habaq kat hangpa semua yang aku adalah fan PORTUGAL untuk EURO kali ni. haha...peacee yawwwww !!!!


:: FAHMI ::

Saturday, June 02, 2012

:: Last Fight ::

owhh yeayyyy.. semakin hampir da.. last fight dengan buku untuk aku menamatkan pelajaran kat UUM ni.. haha.. nak final eaxam kan.. mesti la semngat.. InsyaALLAH sem ni aku nak score DEKAN !!! try my LUCK !! tranggggg, ni dia jadual final aku..

7 hb-Kaedah Penyelidikan
14 hb- Strategic Management
16 hb-Takaful
20 hb-Seminar Muamalat
25 hb-Sukarelawan
27 hb-International Business



for all my UUM frenzzz, Good Luck to all of you !! chaiyokk2.. Jangan mudah putus asa bila menuntut ilmu.. peace yawwwww !!

:: FAHMI ::